Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad baru-baru ini ada berkongsikan kisahnya sebelum bergelar selebriti dalam satu podcast.
Menerusi hantaran itu, Nabil berkongsikan dia pernah menyertai perlumbaan haram dimana pada awalnya jika menang isi minyak moto sahaja namun lama kelamaan melibatkan wang.
BACA: Nabil Ahmad Berhasrat Mahu Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah
Lebih mengejutkan Nabil berkata mereka berlumba menggunakan motosikal curi dan akan tinggalkan sahaja jika ketika itu dikejar oleh pihak polis.
“Mula-mula perlumbaan dengan kawan-kawan hanyalah perjanjian..kalau menang isi minyak motor. Kecil-kecil sahaja tapi lama kelamaan ada yang guna duit.
“Saya pernah menang, pernah kalah, bergaduh dan pernah dikejar dengan polis juga. Tapi kami lumba pakai motosikal curi. Jadi kalau kena kejar dengan polis, tinggal je moto tu,” katanya.
Nabil turut berkongsikan dia pernah terlibat kemalangan jalan raya yang teruk sehingga kakinya patah dan jika orang ramai melihat pasti sangkakan penunggang motosikal tersebut sudah meninggal dunia.
“Saya kena langgar dengan sebuah van sampai patah kaki. Gigi depan pun kena, yang sekarang ni gigi palsu dan banyak lagi kesan parut di muka.
“Motosikal saya patah tiga, kaki saya pun patah tiga..saya patut meninggal dah hari tu. Kalau orang tengok moto saya, mereka akan kata ‘budak ini dah meninggal.’
“Tapi yang kelakarkannya, ada orang awam mahu menghantar saya ke hospital. Disebabkan ketinggian saya, pintu kereta dia tak boleh tutup.
“Zaman itu saya memang rempit ‘kaw-kaw’, malah ada orang lepas balik kerja mereka ikut orang pergi lumba tapi bohsia-bohsia tak ada,” katanya.