Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Thalita berkata tidak pernah terlintas untuk meniru suara Allahyarham Siti Sarah apabila ada yang menyatakan dia terlalu berusaha keras untuk miliki suara seperti ibunya.
Memetik HibGlam, gadis berusia 12 tahun itu bagaimanapun berkata tiada salahnya jika suaranya kedengaran sama apatah lagi arwah adalah ibunya.
BACA: “Kalau Suara Sama Sekalipun Rasanya Tak Salah, Saya Anak Arwah”
“Saya menyanyi ini sebab minat, bukan sebab nak tiru ibu walaupun ada yang cakap suara kami kedengaran sama. Kalau sama sekali pun, rasa-rasanya tidak ada salah pun sebab saya memang anak dia,” katanya.
Sementara itu, Thalita turut mempunyai impian besar untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) serta mahu menyertai pertandingan berprestij dalam dan luar negara.
“Saya pasang impian untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu hari nanti sebagai penyanyi termuda yang dapat bertanding, harap dapat jadi realiti.
“Bukan sahaja AJL, kalau boleh nak masuk World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat yang pernah ibu sertai pada 2009. Semoga dapat ulangi kejayaan sama,” katanya.
SUMBER: HibGlam