“Saya Okey Tonton Babak Panas Jefri, Netizen Yang Tak Okey”

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan berkata dia tidak kisah menonton filem Jakarta vs Everybody memaparkan babak intim lakonan kekasihnya, Jefri Nichol.

Menerusi video di TikTok, Ameera berkata dia menonton filem tersebut dengan Jefri dan aktor tersebut menghalangnya untuk lihat adegan panas itu kerana rasa segan.

BACA: Ameera Khan Tak Boleh Hidup Tanpa Jefri Nichol

“Saya menonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Apabila sampai babak itu (panas), dia tak bagi tengok sebab malu dan saya cakap yang saya pernah tonton sebelum ini.

“Mesti ramai orang ingat saya belum pernah tengok filem tersebut. Itu antara filem lakonannya yang sedikit ‘explicit’. Tapi tidak mengapa, sebab saya okey sahaja. Netizen yang tak okey,” katanya.

Sedang dilamun cinta, sebelum ini Ameera berharap hubungannya dengan Jefri akan kekal selamanya. Malah, sebelum ini Ameera ada memuat naik gambarnya bersama Jefri serta mengatakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa Jefri.

SUMBER: HibGlam

×