Penyanyi dangdut, Mas Idayu meluahkan rasa kesal dan bengang dengan laporan sebuah portal hiburan mendakwa rumah tangganya didakwa sedang bergolak.

Menerusi satu video dimuat naik di Instagram semalam, Mas Idayu turut menyifatkan tindakan portal itu tidak wajar dan dilihat untuk menaikkan page.

BACA: “Berselindung Di Balik Senyum & Tawa” – Netizen Risau Status Terbaru Mas Idayu

“Saya okay saja sejak-sejak berkahwin sampai sekarang. Baru sebulan ini, saya okay saja. Inai pun tak hilang lagi di jari. Jangan kalian buat andaian macam-macam. Saya rasa tak perlu korang menumpang populariti hanya nak naikkan page, tak kena tak sesuai,” katanya.

Sebelum ini, spekulasi itu timbul didakwa berpunca daripada kapsyen sedih ditulisnya menerusi perkongsian video yang berlatar hitam putih di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mas Idayu berkata perkahwinannya baik-baik sahaja dan sejak dulu lagi dia suka berkongsikan kapsyen sedih, kelakar dan gembira. Dalam pada itu, Mas Idayu turut meluahkan rasa hairan apa sebenarnya netizen mahukan.

“Saya baru saja berumah tangga, baru sangat-sangat. Hari ini baru genap sebulan, 16 Oktober. Saya pun dah tak kira dah.  Tapi, saya tengah fikir apa kalian nak sebenarnya. Saya dah bagi tunjuk kebahagiaan, saya dah tunjuk semua, hari nikah, majlis perkahwinan, percintaan, semua saya dah bagi dan kongsikannya.

“Tup tup, benda yang saya tak kongsi, kalian boleh tahu. Kalian duduk dalam kain saya ke? Ada saka ke datang rumah saya, tengok bergaduh ke apa? Saya okay saja pun,” katanya.

“Daripada dulu lagi, saya dah kongsi kapsyen sedih, sebelum ‘daddy’ (suami) wujud lagi. Saya memang suka kongsi kapsyen ‘happy’ (gembira), sedih, kelakar. Itu hanya video dari program luar negara,” katanya.

Selepas 15 tahun hidup solo, 16 September lalu merupakan momen indah buat penyanyi Mas Idayu yang selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Muhammad Sufian Isa yang juga Penerbit Eksekutif TV3.

×