“Saya Nak Berlakon Tapi Belum Ada Tawaran”

Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur kerana masih ada yang sudi mengambilnya bekerja meskipun kes mahkamah membabitkan dirinya masih belum selesai.

Memetik HibGlam, Hafidz yang hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini berkata dia bakal terlibat dengan beberapa kegiatan belakang tabir.

BACA: Shuhada Tarik Balik Kes Pukul, Hafidz Roshdi Puas Hati

“Alhamdulillah. Kehidupan saya berada dalam keadaan baik. Saya ada dapat tawaran kerja seni tetapi hanya terlibat di belakang tabir sahaja Saya belum boleh berkongsi perkara ini secara terperinci, tunggu masa sesuai untuk saya jelaskan nanti,” katanya.

Sementara itu, Hafidz berkata dia mahu berlakon lagi dan beraksi di hadapan kamera sekiranya ada tawaran bersesuaian.

“Insya-Allah, cuma tawaran berlakon belum ada lagi sekarang. Kalau ada, saya mahu berlakon lagi,” katanya.

Difahamkan, Hafidz hari ini hadir ke mahkamah bagi sebutan kes pukul melibatkan dirinya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri. Majistret Nurul Izzah Hassan Basri menetapkan perbicaraan kes berkenaan pada 20 Januari 2025.

SUMBER: HibGlam

×