“Saya Move On, Dapat Jodoh Cepat Atau Lambat, Saya Serah Pada Allah”

Pelakon Fattah Amin mengulas dakwaan mengatakan dia cepat ‘move on’ selepas bercerai dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Memetik Oh Bulan, Fattah berpendapat setiap individua ada cara tersendiri untuk teruskan kehidupan selepas berdepan fasa perpisahan dan setiap perjalanan sudah ditetapkan oleh Allah.

BACA: “Ibu Ada Besan Di Johor” – Fattah Amin Terkedu Dengar Usikan Ibu

“Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun dah ditetapkan sekali. Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.Jadi saya ‘move on’ atau saya dapat jodoh cepat atau lambat, saya serah pada Allah. Itu saja,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata setiap individu berdepan fasa perceraian berbeza dan tidak boleh samakan dengan cara mereka ‘move on’ kerana mungkin ada yang cepat dan lambat.

“Kena tanya balik mereka ‘move on’ dari segi apa? Kalau hal perceraian itu bagi saya bergantung kepada individu. Kita tak boleh menyamakan cara setiap orang ‘move on’ itu sama, sebab setiap orang melalui fasa kehidupan berlainan.

“Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat, bagi saya cepat atau lambat terpulang pada individu. Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×