Pelakon Indonesia Jefri Nichol berkata pengakuan dia pernah meniduri 20 wanita dalam satu podcast hanya gurauan semata-mata. 

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Jefri berkata susulan kenyataannya itu dia turut hilang tawaran kerjasama dengan beberapa jenama.

BACA: Jefri Nichol Kumpul Duit Kahwin, Sifatkan Ameera Khan ‘Wife Material’

@atyyyyyyyyyyyyy

Ok makcik/pakcik bawang FB yg kecoh sangat kata ameera yg ke 21 la 22 la sila hadam ya. Nichol terpaksa berkata begitu di podcast kerana dia ambassador Vivo okay#nichol #LOVE #ameera #meerachol

? original sound – atyyyyyyyyyyyyy?? – atyyyyyyyyyyyyy??

“Saya hanya bergurau dalam podcast itu, sumpah. Saya hilang kerjasama dengan beberapa jenama gara-gara cerita itu,” katanya.

Sementara itu, Jefri berkata dia masih teruna dan perkongsiannya pernah meniduri 20 wanita hanyalah rekaan sahaja.

“Semua yang saya katakan mengenai wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” katanya.

Baru-baru ini, Jefri berkata dia mahu mengahwini kekasihnya Ameera Khan serta menyifatkan pempengaruh itu mempunyai ciri-ciri isteri idaman.

×