“Saya Mahu Suami Beri Nafkah Macam Ibu Bapa Tanggung Saya”

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui  memilih calon pasangan hidup yang stabil dari segi kewangan apabila berkahwin suatu hati nanti.

Menerusi video di TikTok, Ameera berkata dia impikan suami yang mampu memberi nafkah sama seperti ibu bapanya menaggungnya atau lebih.

BACA: Ameera Khan Dedah Lebih Terpikat Dengan Lelaki Indonesia

“Saya mahukan seseorang yang boleh memberi nafkah kepada saya seperti mana ibu bapa dan diri saya sendiri menanggung saya. Saya mahu seseorang lelaki yang dapat memberikan kepada saya benda yang sama atau lebih,” katanya.

Sementara itu, Ameera berkata setiap wanita mungkin mempunyai kehendak berbeza dan kriteria yang diinginkan itu adalah pilihan peribadi.

Namun, Ameera turut mengingatkan kepada kaum lelaki diluar sana untuk bersedia dari segi kewangan dan jika sebaliknya lebih baik jangan bernikah lagi.

“Setiap wanita itu berbeza. Kalau saya insya-Allah, bila jodoh itu sampai dia perlu tahu dia akan menanggung saya dan kalau saya okey, saya akan terima apa sahaja tahap kewangannya.

“Kalau ada segelintir wanita yang mahukan lebih lagi, itu terpulang kepada mereka. Semua orang membesar cara lain-lain tetapi saya bercakap tentang diri saya bukan tentang orang lain. Tapi lelaki kena bersedia dari segi kewangan. Kalau awak tak mampu sediakan lagi, jangan bernikah,” katanya.

SUMBER: HibGalam

×