Dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak kebelakangan ini, Fizz Fairuz lebih selesa andai isterinya sendiri, Almy Nadia menjaga kedua anak mereka di rumah. Dalam masa yang sama, pasangan itu bimbang jika terlalu lama meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Bayi Kedua

“Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah”

“Pembantu rumah sekarang pun sukar dipercayai kerana banyak kes membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, demi membesarkan anak-anak di rumah, Almy yang suatu ketika dulu aktif berlakon juga terpaksa berehat buat sementara waktu kerana menyusukan anak. Bagaimanapun kata Fizz, mungkin isterinya akan kembali setelah anak-anak sudah besar nanti. (rtky/w)