Nampak sahaja perwatakan beliau yang riuh rendah, tetapi siapa sangka rupanya Izreen Azminda mengimpikan seorang jejaka yang melayannya bak puteri raja. Perkara itu diakui sendiri oleh Izreen yang menyukai seorang lelaki yang bersikap romantik sama sepertinya.

BACA: Derita Kusam Teruk, Izreen Azminda Ikhtiar Cari Penawar

“Benar, secara zahirnya kasar itu memang diri saya namun kalau didekati secara peribadi, anda akan kenal, Izreen Azminda sebenarnya mempunyai perawakan yang romantik, suka dimanja dan kalau boleh sentiasa mahu dilayan seperti seorang princess”

“Kalau ada, adalah, saya tidak pula mencari. Buat masa ni biarlah dia hidup macam kanak-kanak seusianya yang lain tanpa dibeban dengan perkara lain. Saya tidak berhasrat untuk membawanya ke lapangan komersil buat masa ini,” katanya kepada m Star Online mengenai perancangan masa depan anaknya.

Bagaimanapun perkahwinan bukanlah keutamaan buat Izreen pada ketika ini. Malah katanya, ramai lelaki takut untuk mendekatinya secara serius kerana wajah dan sikapnya yang nampak garang.

Terdahulu, pernah seketika terdapat gosip mengatakan Izreen sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka berstatus datuk, juga merupakan rakan kongsi produk perniagaan beliau. Pun begitu, Izreen menafikan dakwaan tersebut sekerasnya. (rtky/w)