Isu rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih lagi menjadi bualan ramai sehingga hari ini.
Diruangan komen Instagram Aisyah, rata-rata netizen termasuk selebriti memberikan kata-kata semangat buat wanita itu apatah lagi kini sedang hamil enam bulan.
BACA: Alif Teega Nikah Di Songkhla Empat Hari Sebelum Anniversary?
Turut menjadi perhatian komen oleh pelakon Siti Khadijah yang dibalas oleh Aisyah yang berharap suatu hari nanti dia akan bertemu seseorang yang lebih baik.
Terdahulu, Alif berkongsikan dia sudah berkahwin lain kerana mahu mengelakkan sebarang spekulasi tentang dirinya serta fitnah orang mengata.