Baru-baru ini, pelakon jelita Sophia Albarakbah dikecam netizen susulan penampilannya yang dikatakan mencolok mata kerana mengenakan baju yang mendedahkan bahagian dadanya.
Memetik mStar Online, Sophia enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya menggayakan baju yang ditaja seorang pereka fesyen.
BACA: Netizen Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lurah
Sedar akan teguran diberikan netizen, Sophia berkata dia mengucapkan terima kasih serta memberitahu akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Sebenarnya saya tak tahu apa-apa isu ini (penampilan seksi) sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja.
“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,” katanya.
Dalam pada itu, Sophia turut menafikan dia sengaja mencipta kontroversi semata-mata untuk mencari publisiti, namun dia sedar memang tidak dapat lari daripada kritikan netizen.
“Kita tak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah akan ada lagi orang bercakap tentang saya. Saya tahu sebagai public figure kita perlu berdepan dengan kecaman ini.
“Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa saja tapi orang pilih bercakap tentang saya,” katanya.
SUMBER: mStar Online