fbpx

“Saya Dedak, Macai Nombor Satu UMNO”

Bahang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sudah berakhir nampaknya kini masih terasa lagi dengan kenyataan berani daripada Azwan Ali baru-baru ini. Apa yang pasti, pengakuan Azwan adalah demi melawan darah dagingnya sendiri.

BACA: Kerana Komen Bidas Neelofa Dipadam, Azwan Ali Mengamuk

“Saya mengaku…. saya dedak, saya macai kepada Umno. Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat.. yang penting saya bukan munafik. Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali”

“Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga. Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa ‘job’. Sebelum ini saya bersama dia berkempen. Tapi, apa saya dapat?”

“Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini,” katanya lagi. Selain menyatakan bahawa tindakan Azmin adalah melampau, Azwan juga tidak mampu berdiam diri lagi.

Persengketaan adik beradik ini bukan saja berlaku di antara Azmin dan juga Azwan malah turut melibatkan salah seorang lagi darah daging mereka iaitu Ummi Hafilda.

Sejauh mana Azwan Ali mampu mengubah landskap politik di Malaysia setelah menyertai UMNO tidaklah diketahui. Namun setiap individu yang menyertai politik pastinya mempunyai matlamat tersendiri. (rtky/s)