Selepas kembali bergelar solo, pelakon Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila menggelar dirinya sebagai ‘Cik Fazura’ dan bukan lagi puan.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Fazura terhibura apabila ada peminat yang memanggilnya dengan gelaran Puan serta berkongsikan kisah ketika berada di sebuah restoran.
BACA: Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga
@fazura.officialstore adoii terhibur betul la setiap kali tengok Faz bergurau dalam live ??? #fazura #tudungfazura #fatzura
? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
“Saya bukan puan. Saya cik. Semalam saya ada pergi satu restoran. Selepas itu, ada pelayan yang tegur saya dengan gelaran puan Fazura.
“Saya cakap bukan, saya cik Fazura, dan dia pun ketawa. Kadang-kadang benda kecil yang kita buat lawak akan buat orang lain gembira, jadi kita pun akan gembira juga,” selorohnya.
Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober lalu.