Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur dengan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterimanya semalam.
Memetik BH Online, Fauziah berkata pengiktirafan yang diberikan merupakan tanggungjawab untuk terus memberikan yang terbaik di masa akan datang.
BACA: Fauziah Nawi Harap Sempat Bertaubat Sebelum Maut Menjemput
“Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
“Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu.
“Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya.
“Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Fauziah bersyukur majlis istiadat berjalan dengan lancar kerana bimbang dengan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan.