fbpx

“Saya Akui Memang On Off Berhijab, Iman Goyang”

Berapa minggu lalu kecoh di media sosial mengenai kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam.

Diantara ketiga-tiga peserta, Ernisha antara yang menjadi bualan hangat apabila penampilannya yang bertudung di dalam Dewi Remaja tetapi hanya mengenakan bikini bersama jaket dan memakai topi di kelab malam tersebut.

BACA: “Kepada Yang Khianat, Saya Doakan Awak Tak Dikhinati”

Akui kontroversi tersebut merupakan detik sukar dalam hidupnya, namun Ernisha memberitahu ia bukanlah alasan untuk dia membuka tudung. Katanya lagi, selepas kejadian tersebut dia mahu munasabah diri dan memohon agar orang ramai mendoakan agar dia terus kekal bertudung.

“Saya akui sebelum ini memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun say berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.

“Namun buat masa ini saya mahu munasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih. Doakan saya terus kekal berhijab,” katanya kepada Hijabista.

Biarpun terus dikecam, Ernie mengatakan dia tidak akan berputus asa untuk kembali dalam industri hiburan tanah air, namun buat masa ini dia mengambil sedikit ruang untuk bertenang.

“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh ini saya akan isikan diri dengan pelbagai ilmu seperti lakonan, pengacaraan atau nyanyian.

“Doakan saya terus kuat menghadapi dugaan ini. Satu pengajaran saya dapat daripada insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri,” ujarnya.