Bekas isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sudah lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.
Memetik Oh Bulan, Hidayah berkata dia ada segala bukti dalam bentuk gambar, video serta audio dan keganasan itu berlaku sebelum dia lumpuh lagi.
BACA: Edika Yusof, Isteri Sah Cerai Talak Satu
“Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tetapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah adalah bukti yang kukuh. Saya ada gambar, video dan audio. Keganasan itu berlaku dari sebelum saya lumpuh,” katanya.
Menurut Hidayah lagi, dia sudah kemukakan bukti di mahkamah, malah anak-anak mereka turut menjadi saksi. Kata Hidayah lagi, pihak polis juga sudah banyak kali datang ke rumah.
“Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan berpihak pada saya.
“Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulung dia dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis.
“Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Anak perempuan juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun, Hidayah berkata dia tidak dapat berkongsikan bukti tersebut kepada umum kerana menghargai segala kebaikan yang bekas suami pernah akukan.
“Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Kerana saya hargai segala kebaikan dia pernah buat,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan