Pelawak dan pelakon Azlee Senario berpendapat meskipun bergelar selebriti dan dikenali ramai namun tidak bermakna perlu bersikap sombong dengan orang ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Azlee dilihat ada memuat naik laporan berita mengenainya yang dipuji tidak jemu melayan peminat.
BACA: “Jaga Hati Isteri, Dia Sediakan Makanan & Jaga Anak-Anak Kita” – Azlee Senario
Azlee turut menulis kapsyen mengatakan bahawa hidup ini hanya satu pinjaman dan semua manusia akan menghadap Illahi suatu hari nanti.
“Hidup hanya satu pinjaman, satu hari kita akan menghadap Allah. Buat apa nak sombong,” tulisnya.
Perkongsian Azlee itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kumpulan pelawak itu sememangnya tidak pernah sombong sejak dulu lagi.
Dalam pada itu, ramai yang merindukan lawak Senario dan jika mereka menonton kembali rancangan mereka pasti akan terhibur.