Tahniah buat Sari Yanti dan juga Jep Sepahtu kerana selamat menimang cahaya mata. Perkara tersebut dikongsikan di beberapa akaun laman sosial termasuklah Sinar FM yang juga merupakan lokasi Jep ke udara setiap pagi. Ternyata perkara tersebut mengundang rasa gembira buat peminat pasangan ini.
BACA: “Harap Jep Sepahtu Bersikap Lebih Matang Selepas Berkahwin”
Melalui gambar yang dimuatnaik itu juga, Jep dan Sari sempat menyampaikan rasa terima kasih tidak terhingga buat peminat yang tidak henti-henti mendoakan agar segala urusan mereka berjalan dengan lancar.
Selain itu, tarikh lahir bayi pasangan ini juga adalah sama dengan rakan satu konti Jep iaitu Rahim. Apa pun, semoga kehadiran cahaya mata dalam kehidupan Jep dan juga Sari akan menambah lagi seri. (rtky/s)