fbpx

Sarat Hamil Enam Bulan, Elly Mazlein Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) ekoran sakit belakang di alaminya.

Elly yang kini sarat hamil enam bulan berkata mempunyai masalah pada bahagian belakang badan serta memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik.

BACA: Elly Mazlein Sahkan Hamil Anak Kedua

“Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan.

“Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan),” tulisnya di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Elly turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU).

“Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.

“Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya. Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua,” tulisnya.