Pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine berkata dia sudah pun membuat permohonan maaf kepada beberapa selebriti yang terpalit kontroversi membabitkan pelakon sensasi, Aliff Aziz.
Memetik mStar Online, Sarah berkata dia ada minta maaf kepada Caprice, Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Merqeen kerana mahu hidup dalam keadaan tenang.
BACA: Mengaku Salah Khalwat, Sarah Yasmine Tuntut Ganti Rugi RM800k Daripada Aliff Aziz
Menurut wanita berasal daripada Singapura itu lagi, dia mahu mulakan kehidupan baru serta bimbang ianya akan memberi kesan pada dirinya serta anak-anak.
“Sekarang ini saya cuma mahu hidup tenang dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi lepas sebab perkara itu sudah berlaku tahun lepas kan jadi untuk tahun ini saya mahu mulakan hidup baru.
“Saya ada minta maaf kepada empat orang selebriti antaranya Caprice, Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen… saya risau kalau berterusan macam ini akan berikan kesan pada saya dan juga anak saya.
“Saya sudah minta maaf dan Caprice saja yang respon buat masa ini, tugas saya dah minta maaf jadi sudah selesai tapi saya faham kalau mereka tak nak maafkan sebab itu hak mereka,”katanya.
Sementara itu, Sarah berkata dia suka melihat kebahagiaan Bella Astillah dan Syed Saddiq di media sosial serta berharap agar mereka cepat berkahwin.
Pada Mac lalu, Sarah menuntut pampasan sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada Aliff Aziz kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu.
Kata Sarah, tindakan tersebut tidak berasas memandangkan pelakon itu sendiri mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan Ruhainies pada 21 Februari lalu.
Sumber: mStar Online