Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menulis komen caci makian terhadap anaknya, Marissa Dania Hakim.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby mengatakan netizen yang meninggalkan komen berkenaan seolah mereka yang tersakiti.
BACA: “Demi Allah Saya Lambat Dapat Tahu Pasal Kematian Baby Marissa”
“Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa). Cara komen kononnya diri paling tersakiti,” tulisnya.
Sementara itu, Abby turut menitipkan nasihat kepada netizen untuk sentiasa mengingati Allah sebelum meninggalkan sebarang komen.
“Adik, kakak dan mak cik, ingat Allah banyak-banyak okey? Tak suka abaikan sahajalah wahai wanita syurga.
“Jangan biar hati membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena. Tak suka abaikan jelah wahai wanita-wanita syurga,” tulisnya.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan apabila bernikah dengan Aslam yang merupakan suami orang di Songkhla, Thailand pada penghujung tahun lalu.