Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana cukup dengan sebiji kek.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.
BACA: 15 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Edika Yusof Tak Layak Terima BPN
View this post on Instagram
Dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.
Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.
Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.
Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.
- SUMBER
- Nona
Lawa isteri sepadan dgn suami yg kacak dan baik, bertanggungjawab pulak tu. Xde ke produser2 filem atau drama bg watak jadi hero kt Edika ni mcm watak George Clooney tu. Dia mmg sngt2 sesuai…
edika yusof mmg kacak, dulu memang menjadi kegilaan ramai anak gadis zaman2 dia dulu. tapi dia sangat setia menjaga wife dia. Alhamdulillah, rupa baik, hati pun baik.
hidup edika! happy anni to both of u
Ramai hero perasan hensem, macho bagai tp nk cari hero yg betul2 humble diluar lakonan mmg jarang sangat. Kebanyakkan hero yg berlagak macho, romantis sampai xnk kawin bagai tu sbb takut nnt x dpt job, hilang peminat apa semua sbnrnya bkn laa sebenar2 hero. Mrk tu plastik…
Ni betui2 till Jannah. Insyaallah. I lap u both!
yg muka pecah ruma pun belagak ,poyo pun ada mcm top star
Allahurabbi… Boleh jek kalau Edika nak bermadu. Tp dia sorg yg setia dan sanggup bersama2 dgn isteri dlm apa keadaan sekalipun. Siapa yg kata cinta yg suci itu sudah pupus mrk silap. Ini bukti bahawa laki2 yg baik, suami yg setia masih wujud…
Ya ALLAH. Engkau limpahkan lah rahmat mu keatas keluarga ini.Aamiin
inilah baru dipanggil…semoga till jannah
Bagusnyaaaa. Sayang suami kat wife dia terserlah. Bukan macam keluarga yang bising anak sekolah online tew. Semua tak kene.
semoga syurga buat mereka…
satu dalam sejuta, itu je blh ckp, respect dgn Edika ni, segalanya sempurna bagi seorang yang bernama LELAKI.
Kipidap. Jd idola utk lelaki malaysia. Lebih baik drpd sesetengah PU dan Dai yg cepat tergoda dgn godaan donia.
YG ADA RUPA JAGA ISTERI…
YG MUKA MACAM JEMBATAN ROSAK, SELIPAR JAMBAN BUAT PERANGAI MENDUA MADU KAN ISTERI!
Alhamdulillah. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Seronok melihatnya …