Perkongsian usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menjadi perhatian apabila memuat naik video bertemu dengan isteri kepda penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea.
Menerusi hantaran itu, Kak KM berkata dia mahu berjumpa dengan Anis selepas ramai netizen mengatakan mempunyai wajah mirip dengannya.
BACA: Tak Lagi Dikecam, Isteri Haqiem Rusli Dipuji Cantik Macam Princess
@kakkmshop2 Wife Haqiem Rusli
“Kan orang semua cakap isteri Haqiem Rusli macam Kak KM. Kita nak tengok mana isteri dia. Tengok muka Kak KM sama ke,” katanya.
Diruangan komen rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah mereka seiras seperti adik beradik, tidak kurang juga ada yang mengatakan dilihat sebagai ibu dan anak.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka boleh berlakon bersama sebagai adik beradik serta berpendapat wajah Kak KM dan Anis kelihatan sama kerana bentuk wajah mereka.