Perkongsian pelakon Mira Filzah yang mahu memuat naik mengenai P4lestin menjadi perhatian ramai serta diktirik apabila dia tersalah meletakkan negara lain.
Difahamkan, Mira ada berkongsikan beberapa gambar penderitaan penduduk disana namun ada satu hantaran dengan tulisan Arab bermaksud P4lestin namun bendera negara Sudan pula yang digunakan.
BACA: “Its Blockout Bukan Makiout, Ingat Penulisan Kita Ada Dosa & Pahala”
Perkongsian Mira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang serta berpendapat pelakon itu tidak cakna tentang rupa bendera negara berkenaan.
Bagaimanapun, perkongsian itu telah dipadam oleh Mira. Apa pun diharap agar semua pihak periksa terlebih dahulu selepas ini sebelum memuat naik satu perkongsian.
SUMBER: Kosmo