fbpx

Sajat Bimbang Anak Angkat Dibuli Gara-Gara Dirinya

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pihak berkuasa telah mengambil tindakan ke atas usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berhubung dakwaan berpakaian menyerupai wanita.

Terbaru, Sajat dilihat ada memuat naik satu entri meluahkan rasa bimbang nasib yang bakal menimpa dua orang anak angkatnya. Sajat berkata dia tidak mahu anak-anaknya itu turut menjadi mengsa keadaan disebabkan dirinya.

BACA: Sajat Mengaku Tidak Bersalah Berpakaian Wanita

“Adik abang, Ummi risau pasal adik dan abang. Ummi tak nak adik dan abang kena buli macam Ummi kerana Ummi, itu anak siapa… Ummi memikir sangat-sangat hal ini. Ummi risau abang dan adik diejek, dikata disebabkan Ummi. Maafkan Ummi abang dan adik.

“Ummi sedih bila jadi macam ini, Ummi sayang abang dan adik, maafkan kalau Ummi tak sempurna,” tulisnya menerusi Insta Story.

Dalam pada itu, Sajat turut meninggalkan pesan buat kedua anaknya itu agar membesar menjadi insan yang sentiasa menghormati orang lain.

“Buat anakku yang kucintai, Ummi harap anak Ummi besar jadilah anak yang sentiasa menghormati semua orang. Tak kira sesiapapun sayang. Hormatilah sebanyak mana pun,” katanya.