Pelawak Saiful Apek mengakui kekhilafannya susulan video didakwa berpelukan dengan usahawan sensasi, Kak KM sehingga dikecam oleh netizen.

Memetik Harian Metro, Saiful dia terima segala teguran dengan lapang dada serta berharap perkara itu tidak perlu dipanjangkan. 

BACA: “Kata-Kata Abang Memang Mantap Tapi Hati-Hati” – PU Syed Tegur Saiful Apek

“Saya akui khilaf dan menerima dengan berlapang dada untuk terima teguran berlandaskan kasih sayang. Tak perlu panjangkan kejadian khilaf saya kerana pada masa itu, saya tak fikir dan mungkin tak sedar hukum-hakam walau sudah ‘bau tanah’. Benda sudah pun berlaku.

“Jadi, jika ada yang sampai kecewa atau ‘unfollow’ dan ‘block’ (sekat) kerana kejadian itu, saya terima dengan reda,” katanya.

Sementara itu, Saiful berkata dia membuat kenyataan tersebut kerana mahu bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku dan dia sedar bahawa dirinya bersalah.

Saya tidak mahu menuding jari atau nak beri alasan berdolak-dalih untuk tepis segala teguran dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan sebagainya lagi.

“Salah tetap salah, dosa tetap dosa dan yang haram tetap haram. Saya cukup sedar batas dalam agama islam dan saya memang bersalah.

“Sebab itu, saya selalu betulkan bila orang cakap otai masih berbisa itu salah kerana sebenarnya, otai masih ‘berdosa’,”katanya.

SUMBER: Harian Metro

×