fbpx

Safiey Illias Dedah Buang Implan Payudara Buat Kali Kedua

Jika dilihat di media sosial Safiey Illias, usahawan kosmetik itu sering berkongsikan status positif tentang dirinya yang ingin berubah yang arah lebih baik dan kini tidak lagi mengenakan pakaian wanita.

Semalam, Safiey membuat perkongsian bahawa dia akan menjalani pembedahan untuk membuang payudara palsu atau implan silikon. Menerusi entri terbaru, Safiey memaklumkan dia susah selesai menjalani pembedahan tersebut.

BACA: Kongsi Tips Menangis Waktu Solat, Safiey Illias Dipuji

Safiey memberitahu ada rakannya menghalang melakukan pembedahan tersebut namun dia nekad melakukannya demi redha Allah dan ibu bapanya. Safiey turut meminta netizen mendoakannya agar cepat sembuh.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terus memberikan kata-kata semangat kepadanya dan semoga Safiey akan terus istiqamah.

Malah ramai yang merasa sebak dengan penghijrahan Safiey itu meskipun sebelum ini dikecam teruk oleh netizen. Malah netizen turut mendoakan penghijrahan Safiey itu dipermudahkan dan sentiasa dalam rahmat Allah.