Ryzal Ibrahim Dah Tolak Tawaran Jenama Besar Sejak Bulan Lalu

Bukan saja pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membatalkan kontrak bersama jenama antarabangsa, pempengaruh media sosial iaitu Ryzal Ibrahim turut mengambil langkah sama.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ryzal berkata dia sudah menolak tawaran bekerjasama dengan jenama besar sejak bulan lalu. Malah, kontrak yang sudah tandatangani akan dihentikan.

BACA: Bukan Hina B40, Ryzal Ibrahim Enggan Minta Maaf

“Ini adalah tawaran yang kami tolak bulan lepas, kami pun menolak mana-mana jenama yang bersangkut-paut dengan Israel. Kontrak terakhir yang kami tandatangani dengan produk pro-Israel akan dihentikan,” tulisnya.

Menurut Ryzal yang juga suami kepada Maryam itu berkata dia tidak kisah kehilangan wang ringgi jika dibandingkan dengan kehilangan nyawa kerana tiada guna berdoa tetapi masih menerima wang dari barang diboikot.

“Hilang RM30K atau RM300K tak ada erti nak dibandingkan dengan hilang nyawa di Gaza. Tiada guna kami bangun awal pagi setiap subuh untuk mendoakan penduduk Palestin tetapi masih menerima wang dari perniagaan yang bersangkut dengan Israel,” katanya.

×