Kekosongan vokalis kumpulan Mojo yang sebelum ini diterajui oleh Aweera bakal dipimpin oleh vokalis terbaru yang berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Ryan Brakhma.
Ketika ditemui di sidang media pelancaran terbaru single mereka berjudul ‘Dahsyat’ di Hard Rock Café kelmarin, Ryan memberitahu bahawa dia tidak bimbang sekiranya dibandingkan dengan vokalis asal kumpulan tersebut.
BACA: Aweera Digugur Dari AJL 29, Pengurus Tampil Beri Penjelasan
“Setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Biarpun sedar akan ada perbandingan dibuat, namun saya yakin peminat dapat menerima kehadiran saya bersama Mojo,” ujar Ryan ringkas.
Sementara itu, Edry yang selaku ketua bagi kumpulan Mojo, yakin bahawa Ryan mempunyai vokal yang unik dan dapat mengembalikan semula kepercayaan peminat terhadap kumpulan tersebut.
“Dengan vokal Ryan yang universal, dia mampu membawa Mojo ke peringkat seterusnya dan menjadi sebuah kumpulan serantau. Ini juga salah satu strategi kami untuk terus bertahan lama dalam arena muzik dan evolusi ini adalah langkah pertama Mojo,” ujarnya yang ditemui kelmarin. (rtky/hfz)