Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.
Terbaru, Ryan Bakery dinobat sebagai Content Creator Tergempak dalam Anugerah Most Gempak Wanted 2022 yang berlangsung malam tadi.
BACA: Ryan Bakery Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Hati, Elyia Ibrahim
View this post on Instagram
Pempengaruh media sosial itu menewaskan konten pempengaruh terkenal yang lain iaitu Khairul Aming, Namie SMY, Mek Yun dan Syahmi Sazli.
“Alhamdulilah, ini rezeki dari Allah, berkat doa ibu bapa, isteri tercinta, sahabat-sahabat saya, serta keluarga besar saya juga, pengurusan dan semua yang menyukai Ryan.Tidak lupa juga pada Astro Gempak!” katanya.
Terdahulu, Ryan pernah bekerja di lapangan terbang namun diberhentikan susulan pandemik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, Ryan mula membuat video parodi zaman kanak-kanak di TikTok mendapat rekasi positif dan disukai ramai sehingga ianya menjadi sumber pendapatannya.