fbpx

Rumah Aliff Syukri Diserbu Jabatan Perhilitan

Gara-gara menerima terlalu banyak laporan penderaan terhadap kucing peliharaanya, kediaman Datuk Aliff Syukri telah diserbu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan semalam.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut”

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Datuk Aliff turut meluahkan rasa terkejut dengan serbuan yang dilakukan serta terkilan dengan laporan palsu orang ramai mengenai kucingnya itu. Pun begitu, Datuk Aliff bersyukur operasi ini dijalankan, sekaligus dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

Terdahulu menerusi Instagram, Datuk Aliff meminta orang ramai supaya tidak menuduhnya sesuka hati kerana beliau sudah mencuba sedaya upaya menjinakkan kucing liar itu hingga berhabis hampir RM10 ribu. (rtky/w)