Ruhainies Dedah Kenapa Tak Maki Balik Haters Di IG

Sudah setahun lebih kontroversi tangkap khalwat terpalit dirinya, namun pelakon Ruhainies masih lagi menerima kecaman netizen sehingga hari ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies memberitahu sebab mengapa dia tidak membalas serangan haters di Instagram miliknya.

BACA: Ruhainies Beri Duit Raya Pada Peminat, Hanya Minta Balasan Doa

Menurut Ruhainies, dia beranggapan netizen yang melemparkan kata-kata negatif di media sosial miliknya mungkin bosan dengan kehidupan mereka.

“Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ini. Nak marah tapi kadang comel juga. Mungkin mereka pun bosan dengan life ke apa. Kalau deorang sibuk atau gembira dengan hidup mereka, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat. 

“Jadi saya husnuzon je la. Kalau rasa rimas ke apa, saya padam. Nak benci tu tak la. Sebab apa yang deorang tulis tu melambangkan diri seorang sendiri. Sebab tu saya tak marah, lebih kepada simpati,” tulisnya.

×