Pelakon sensasi Ruhainies mengakui tawaran berlakon terjejas susulan kontroversi terpalit dirinya namun dia tetap positif mengenai soal rezeki.
Menerusi temu bual bersama Hlive, Ruhainies berkata sebelum ini dia sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk diri dan keluarga namun tahun ini banyak masa terluang.
BACA: Obses Dengan Tasbih Digital, Ruhainies Dalam Misi Selawat 1000 Kali Sehari
“Seperti semua tahu memang terkesan tahun ini, tapi saya tak risau sebab rezeki ada dimana-mana, Insya Allah. For all this while saya sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri, keluarga, tahun ini saya ada banyak masa terluang untuk keluarga,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies menganggap 2024 adalah tahun ujian bukan saja pada dirinya tetapi semuaa orang yang turut berdepan ujian masing-masing.
“Semua orang ada hak masing-masing macam tahun ini, bagi saya tahun ini tahun ujian, bukan untuk saya sahaja, saya rasa semua orang ada ujian masing-masing,” katanya.
SUMBER: Hlive IG