fbpx

“Farid Kamil Keturunan Perdana Menteri Pertama!”

Dalam kenyataan terbaru berhubung kes penangkapan Farid Kamil baru baru ini, rakan beliau Sofi Jikan tampil mempertahankan tindakan pelakon itu dalam memperjuangkan hak anak seni di Malaysia.

Farid Kamil khabarnya sensitif dengan nasib anak seni yang semakin tidak mampu cari makan dalam keadaan sekarang selain berazam mahu memperjuangkan nasib mereka selepas berita 300 orang artis diburu ah long didedahkan baru baru ini.

BACA: Ridzuan Hashim Dakwa Turut Jadi Mangsa Tampar Farid Kamil

“Siapa yang tidak kenal siapa Farid Kamil — dia ada darah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau keturunan yang hebat, sebab itu dalam diri beliau ada jiwa seorang pemimpin”

“Dalam keadaan agresif dan tertekan, beliau bercakap tentang soal hak dan masalah sosial sehingga ke permasalan anak seni di Malaysia,” ujar Sofi Jikan yang ditemui media.

Kemudian beliau mula membangkitkan isu hak anak seni yang semakin dipinggirkan dan tidak mampu menyara keluarga dalam keadaan ekonomi dan suasana politik dunia hiburan sekarang.

Kami tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Sofi Jikan ini namun tanpa provokasi pihak ketiga, tindakan Farid Kamil yang mengambil jalan agresif terhadap pihak berkuasa masih tidak boleh dipandang ringan. (rtky/m)