fbpx

Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013

Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin & Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk memilih tarikh 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Pasangan popular ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3.00 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

BACA: Zain Saidin Selamat Merisik Rozita Che Wan Di Carcosa Sri Negara

Terdahulu pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik sekitar Eropah dan Bali. Bagi melengkapkan majlis yang bakal diadakan secara gilang-gemilang ini, mereka telah banyak menerima tawaran daripada ramai pihak yang sudi menaja.

Kesemua majlis seperti berinai, akad nikah dan bersanding akan diadakan di Shah Alam. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013. Majlis tersebut dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam.

BACA: Kos Perkahwinan Zain Saidin, Rozita Che Wan Cecah RM1.21 Juta

Seterusnya pasangan ini bakal dinikahkan keesokan harinya, 11 Disember 2013 di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Astro Ria adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. (rtky/hfz)