fbpx

Rozita Che Wan Bengang Digoda Pengkid?

Tengah-tengah scroll Instagram tadi tiba-tiba sahaja muncul gambar seorang pengkid dimuat naik Rozita Che Wan. Terkejut juga baca apa yang ditulis, marah habis Che Ta. Menurut kenyataan itu, pengkid yang dikenali Delladellon sering menganggunya dengan memanggil panggilan Sayang.

“Allah dah bagi kau jadi pompuan nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kacau bini orang! Kau nak jadi apa sebenaqnya? Jadi syaiton ka? Dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan posa ni muhasabah diri!”

“Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau! Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq ala-ala jantan kau dik,” tulisnya di akaun Instagram.

Tidak pasti sebenarnya siapa individu ini tapi menurut komen-komen peminat Che Ta, beliau sebenarnya seorang penyanyi yang baru meningkat naik tapi kata mereka lagu tersebut dikecam teruk. Kalau tengok pada ruangan komen Che Ta sekarang memang riuh rendah isu itu diperkatakan.

Apapun kalau betul Che Ta diganggu oleh individu yang tiada kesahihan jantina itu, baik block sahaja beliau dari terus dikacau. Seram juga kalau asyik menerima mesej sayang-sayang dari individu begini. (rtky/w)