Rossa Sera Tak Masuk Campur Urusan Shuk & Fara, Jaga Hati Suami Baru

Bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berkata dia tidak mahu terlibat serta enggan mengambil pusing dengan tuduhan yang dikeluarkan oleh Fara Salleh.

Memetik mStar Online, Rossa berkata tidak tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga bekas suaminya itu kerana perlu menjaga hati suami barunya.

BACA: “Aku Kahwin Dengan Suami Kau, Kau Kahwin Dengan Suami Pika Anak 3” – Fara Salleh

“Saya tak ambil tahu dan terlibat apa-apa. Saya dah ada suami dan anak. Apa mereka buat tiada kaitan dengan saya.

“Saya sayang suami dan anak-anak yang sekarang. Harap semua faham. Saya perlu jaga hati suami,” katanya.

Sementara itu, Rossa berkata dia tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan yang boleh menimbulkan salah faham serta berharap netizen tidak menghantar mesej negatif di media sosial miliknya.

“Saya tak mahu keruhkan lagi keadaan dan timbulkan salah faham. Jadi tolong jangan cakap yang bukan-bukan di sini (DM IG),” katanya.

Terdahulu, Fara memetik nama Rossa serta mendakwa mereka berada dalam situasi yang sama. Malah, Fara mendakwa Fara turut mendakwa Sera berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang yang mempunyai tiga orang anak.

Sumber: mStar Online

×