fbpx

Rita Rudaini Perkenal Datuk S Sebagai Rakan Baik

Sebelum ini ada juga gossip nakal mengatakan aktress Rita Rudaini sudah bertemu dengan pengganti Aidil Zafuan walaupun kes rumahtangga mereka di mahkamah masih belum menemui jalan penyelesaian.

Lelaki bergelar Datuk S itu di’khabarkan menaja modal untuk Rita Rudaini menjalankan perniagaan produk kecantikan yang dikeluarkannya sendiri iaitu RS Collagen — dek kerana huruf S dalam nama produk ini.

“Saya telah memulakan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan menggunakan nama RS Collagen dan menjalankan kerjasama dengan rakan baik saya iaitu Saleha”

“Apabila menjalankan perkongsian untuk mengeluarkan & menjual produk ini kami menggunakan nama RS Collagen yang merupakan gabungan nama kami iaitu Rita dan Saleha”

“Sebenarnya dakwaan itu memang tidak benar kerana ‘Datuk S’ yang dimaksudkan ialah rakan baik saya sendiri yang turut menemani saya pada majlis ini,” jelas Rita Rudaini lagi.

Rita Rudaini juga berkata yang beliau yakin gossip tidak berasas ini timbul kerana status perkahwinan beliau ketika ini & malas untuk mengambil kisah kerana lebih pentingkan perniagaan dan kerjaya ketika ini.