Rita Rudaini Berjanji Dengan Anak-Anak Tak Akan Kahwin Lagi

Hampir 11 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak menolak seandainya bertemu jodoh suatu hari nanti namun dia kini selesa dengan kehidupannya bersama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.

Menerusi satu podcast, Rita berkata dia hairan mengapa ada yang kasihankan dengan kedua anaknya serta berangapan mereka kurang kasih sayang tanpa insan bergelar bapa.

BACA: Rita Rudaini Terima Anugerah Ibu Ikon

“Kalau tuhan suatu hari nanti hantar hadiah (jodoh), kami terima cuma buat masa sekarang hidup saya sudah cukup lengkap ada dua orang anak.

“Saya tak faham kenapa orang nak kesian hidup anak saya tak lengkap padahal anak saya tak berbunyi pun. Nak kata kurang kasih sayang, buat perangai tak ada pula. Orang je yang melebih,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata dia pernah berjanji dengan kedua-dua anaknya bahawa dia tidak akan berkahwin lagi kerana mahu membesarkan mereka dan hidupnya tidak pernah sunyi.

“Bagi saya alhamdulilah, anak okay dan faham. Saya pernah cakap dengan anak yang saya korbankan diri yang mana saya tak akan berkahwin sebab nak tengok Ryan dan Arjuna membesar depan mata dengan elok, nak bagi 100 peratus hidup saya kat mereka.

“Kalau orang tanya tak sunyi ke? Tak sunyi pun sebab kat rumah pun ada tujuh ekor kucing. Saya lebih bahagia dapat besarkan anak-anak sendiri tanpa ada gangguan mental,” katanya.

Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

×