Pelakon Reina Diana meluahkan rasa syukur kekasihnya yang juga aktor Keith Foo menyatakan minat untuk mendalami Islam sejak dulu lagi.
Memetik BH Online, Riena berkata dia tidak mahu kekasihnya itu memeluk agama Islam kerana mahu berkahwin dengannya semata-mata dan mahu Keith belajar agama terlebih dahulu.
BACA: Mesra Berpelukan, Netizen Tegur Riena Diana & Keith Foo
“Saya tak mahu hari ini peluk Islam, esok kahwin. Saya mahu dia belajar dam kenal agama ini lebih dekat. Saya anggap ini perjalanan yang penting dan ikhlas,” katanya.
Sementara itu, Riena berkata dia diberikan kepercayaan oleh Keith untuk memilih nama Islam yang sesuai untuk aktor berkenaan.
“Saya sudah pilih nama Islam untuk Keith. Tetapi, kami belum sedia umumkan lagi,” katanya.
Sementara itu, Keith berkata dia sudah mula berlajar asas agama seperti doa harian dengan Riena dan sudah lama dia cuba untuk memahami agama Islam.
“Riena banyak bantu saya, ajar doa makan dan perkara asas lain. Saya sudah lama baca dan cuba faham mengenai agama Islam, bukan baru sekarang,” katanya.
Sumber: BH Online