fbpx

“Riak & Bongkak, Semua Benda Pun Nak Tunjuk”

Sebuat sahaja nama Aliff Syukri, siapa sahaja tidak kenal dengan wajahnya yang saban hari muncul di kaca televisyen — bukan itu sahaja, tidak putus perbualan orang ramai tentang usahawan kosmetik ini di media sosial.

Terbaru, Aliff Syukri mengejutkan orang ramai dengan memuat naik penyata kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya di akaun sosial beliau.

Dalam kenyataan yang dipaparkan, boleh dilihat dengan jelas hasil simpanan beliau di KWSP sahaja mencecah RM1.7 juta — itu belum masuk wang tunai dan aset lain yang beliau miliki.

Namun perkongsian terbaru beliau nampaknya mengundang rasa kurang senang orang ramai yang sekali lagi menempelak Aliff Syukri dengan mengatakan yang beliau seorang yang suka menunjuk kekayaan dan seharusnya lebih merendah diri dalam soal ini.

Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan Aliff Syukri ini yang dilihat sebagai memberi motivasi kepada semua lebih lebih lagi mereka yang mahu membina perniagaan sendiri. Anda rasa? (rtky/m)