Nampaknya semakin mencurah-curah rezeki Fattah Amin. Selepas kambing perap, Fattah mempromosikan pusat tuisyen terkemuka, PTTI.
Difahamkan, kerjasama itu adalah usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
BACA:“Masjid Akan Edar Pada Asnaf, Ibu Tunggal” – Infak Fattah Amin Diberikan Kepada Masjid
@fattahamin Fighting geng SPM Batch 07! More info DM @PTTI now
Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.
Perkongsian Fattah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang meluahkan rasa syukur dengan rezeki tidak putus diterima oleh aktor itu selepas bercerai.
Tidak kurang juga, ada yang mengusik dan berseloroh mahu mendaftar SPM semula kerana mahu menyertai pusat tuisyen berkenaan kerana Fattah.
SUMBER: Xtra