fbpx

5 Sebab Petron Lokasi Paling Berbaloi Untuk isi Minyak

Walaupun harga petrol naik, namun ramai lagi pengguna diluar sana yang masih lagi membuat keputusan agak kurang bijak untuk lebih berjimat. Macam-mana nak jimat ketika isi minyak? Pilihlah stesen minyak yang sentiasa menawarkan mata ganjaran berbaloi-baloi seperti PETRON MILES!

Kenapa anda perlu pilih PETRON untuk isi minyak? Sebab bila anda isi minyak di PETRON, anda akan dapat mata ganjaran berganda-ganda dan poket anda pun makin tebal!

1. Bukan hanya 1, tapi 2 dan 3 mata ganjaran yang berbaloi- baloi

Dengan Petron Miles, anda akan dapat 2 mata ganjaran. Lagi berbaloi, kad Petron Miles anda akan mendapat sehingga 3 mata ganjaran untuk setiap liter untuk petrol terpilih.

Mata Ganjaran untuk Petron Miles:

• Blaze 95 (1 liter = 2 mata)
• Diesel Max (1 liter = 2 mata)
• Turbo Diesel Euro 5 (1 liter = 2 mata)
• Blaze 97 (1 liter = 3 mata)
• Blaze 100 (1 liter = 3 mata)

2. Lagi Best, boleh guna mata ganjaran untuk isi minyak

Kalau dah kumpul banyak mata ganjaran apa yang anda boleh belanjakan? Anda boleh gunakan mata ganjaran tersebut untuk isi minyak secara percuma dan akan dapat lebih lagi!

Dengan hanya 3,000 mata Petron Miles, anda boleh dapat RM45 petrol percuma. Berbanding tempat lain, 3,000 mata ganjaran hanya dapat tebus RM30 petrol. Ini bermakna, satu mata ganjaran Petron bernilai 1.5 sen sementara satu mata ganjaran yang lain hanya bernilai 1 sen. Anda rasa mana lagi berbaloi??

3. Tak perlu tunggu lama untuk tebus mata ganjaran

Lagi best, anda tak perlu tunggu lama untuk tebus mata ganjaran Petron Miles untuk RON 97 dan RON100 di mana dalam 4 bulan sahaja boleh tebus minyak RM45 berbanding stesen pam minyak yang lain yang perlukan masa 6 bulan untuk penebusan percuma.

Dan untuk RON95, Diesel, Diesel Euro 5, Petron Miles mempunyai masa penebusan yang sama dengan stesen pam minyak yang lain

4. Mata ganjaran tiada tarikh luput

Memang best betul jadi ahli Petron Miles ni. Selalunya kalau dekat tempat lain, mata ganjaran ada tarikh luput dan perlu gunakan secepat mungkin. Tapi Petron Miles ni tidak akan tamat tempoh. Ini bermakna pengguna Petron Miles boleh menebus ganjaran bila-bila masa tanpa rasa bimbang, dengan syarat mestilah menggunakan kad tersebut 1X dalam masa 12 bulan.

5. Banyak lagi tawaran eksklusif dari hiburan ke membeli-belah

Dengan Petron Miles, anda dapat menikmati keistimewaan terbaik, sepanjang tahun. Petron mempunyai rangkaian rakan kongsi yang luas yang menawarkan promosi eksklusif untuk ahli Petron Miles. Dari hiburan ke keistimewaan membeli-belah. Antara rakan-rakan Petron termasuk Marvel, AirAsia BIG, Enrich, Zalora, Uber, Kurnia Insurance dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang mata ganjaran berbaloi-baloi dari Petron, layari laman sesawang Petron Miles https://www.petronmiles.com. my