Raya Dengan Boost, Boleh Shopping & Dapat Cashback Selama Sebulan!

Kami pasti ramai sudah masuk kerja ketika ini namun kemeriahan hari raya masih dirasai walaupun kita sibuk menjalani kehidupan bekerjaya setiap hari. Selain memenuhi undangan rumah terbuka rakan rakan, apa salahnya jika kita turut luangkan masa bersama yang tersayang untuk berbelanja.

Jika sepanjang bulan puasa lalu kita banyak terlepas peluang untuk berbelanja makanan kegemaran di waktu siang, inilah masanya untuk rebut peluang dan tawaran hebat dari aplikasi Boost yang menawarkan cashback menarik dengan Raya Super Shake!

MAKAN, MAKAN & MAKAN!

Mesti anda sudah puas menjamah juadah raya bukan? Inilah masa untuk anda puaskan keinginan hati untuk menikmati makanan kegemaran anda dengan aplikasi Boost. Siap boleh belanja orang tersayang makan.


Mahukan cashback segera? Belanja RM25 untuk cashback RM5 menerusi aplikasi Boost di Absolute Thai, Bread Talk, Madam Kwan’s, Nando’s Serai, Toast Box, Nene Chicken, Kenny Rogers Roaster, Burger King dan MBG mulai sekarang sehingga 30 Jun 2019.

Beli 1 minuman yogurt di Chizu, anda boleh beli mana mana Cheese Tea pada harga RM1 jika anda membayar dengan aplikasi Boost.

Peminat kopi putih di OldTown? Anda boleh terima cashback sebanyak RM8 untuk pembelian melebihi RM40 di mana mana cawangan OldTown sehingga 30 Jun ini. Berapa banyak cashback boleh anda kumpul?


SHOPPING SAMPAI PENAT!

Puas makan, banyak lagi masa di pusat beli belah untuk anda habiskan. Kenapa tidak berbelanja barangan rumah atau keperluan sendiri. Inilah masa untuk berbelanja dan nikmati cashback yang banyak.

Jika anda mencari barang kelengkapan rumah atau barangan masak, anda boleh berbelanja di mana mana Giant sehingga 14 Julai ini untuk terima cashback RM8 untuk pembelian melebihi RM50 melalui aplikasi Boost.


Berbelanja di Cold Storage pula akan memberikan anda cashback RM5 untuk pembelian melebihi RM50 melalui aplikasi Boost sehingga 30 Jun ini. Jika anda lebih gemarkan Giant Express, dapatkan cashback RM3 untuk pembelian melebihi RM30.

Anda juga boleh mencari barang penjagaan kesihatan diri di Alpro Pharmacy dan anda layak untuk terima cashback sebanyak RM5 untuk pembelian melebihi RM150 menggunakan aplikasi Boost.

BOLEH MENANG KERETA!

Bukan itu sahaja guys, setiap dua minggu sehinga 18 Ogos 2019 anda berpeluang untuk memandu pulang kereta Proton X70 serba baharu. Anda hanya perlu mengumpul token dengan berbelanja menerusi aplikasi Boost dan anda boleh sertai peluang untuk menang Proton X70.

Kumpul token banyak banyak menerusi aplikasi Boost bukan sahaja melayakkan anda untuk menang kereta baru tetapi hadiah mingguan lain seperti emas bernilai RM3,000 di dalam aplikasi HelloGold, set televisyen melengkung 4K UHD Samsung, kredit untuk berbelanja RM1,000 di Uniqlo dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost di App Store atau Google Play Store jika belum dan mula bayar pembelian anda di seluruh Malaysia menerusi aplikasi Boost. Jangan ketinggalan untuk sertai revolusi e-wallet yang paling popular di Malaysia ini. Siap boleh menang hadiah menarik setiap bulan, ayuh!

×