“Rasa Macam Baru Sangat Cerai, Tak Terlintas Cari Pengganti”

Hampir lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin, pelakon dan usahawan Nur Fazura berkata dia gembira dengan kehidupannya kini.

Memetik Oh Bulan, Fazura berkata dia merasakan seperti baru saja perpisahan itu berlaku dan tidak terfikir langsung untuk mencari pengganti.

BACA: “Saya Adalah Diri Saya, Syarikat Itu Entiti Berasingan”

“Rasa macam baru sangat cerai. Sejujurnya ketika ini saya rasa sangat gembira, lega dan tenang. Saya selesa dan saya tidak pernah terlintas langsung (mencari pengganti)

“…sebab saya rasa masih terlalu cepat, terlalu awal dan saya pun baru sahaja bercerai. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya dan juga anak,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata belum ada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya serta mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

“Tak ada pun (yang cuba mendekati). Tetapi peminat-peminat pun ada juga yang mendoakan. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.

SUMBER: Oh Bulan

×