Ramli MS Kongsikan Tip Hubungan Cinta

Bukan selalu Dato’ Ramli MS berkongsi tips cinta dan juga rumahtangga dan baru-baru ini melalui portal Astro Gempak, penerbit, pengarah muzik dan juga suami kepada penyanyi Alyah ini berkongsi rahsia dalam mejaga sesebuah hubungan.

BACA: Alyah Akui Kini Mula Rasai Nikmat Berkahwin

“Dalam apa sahaja hubungan, sama ada hubungan dengan kawan, suami isteri, adik beradik dan sebagainya, harus jujur kepada diri sendiri. Perkara yang paling terbaik adalah untuk percaya dan ikhlas dengan diri sendiri”

“Bila kita jujur dengan diri sendiri, kita juga akan turut bersikap jujur dengan orang lain. Saya percaya yang apabila kita jujur, perkara tersebut yang melindungi diri kita. Bila ditimpa sesuatu perkara, perkara itu juga yang bakal menolong kita untuk melalui masalah”

“Semuanya adalah kerana kejujuran. Bukan usia yang menjadi sebuah faktor yang susah dalam hal ini. Yang muda itu lebih bertuah kerana yang berusia ini akan lebih cool,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, tanggungjawab orang berusia juga lebih baik dan banyak kerana mereka pernah melalui pelbagai perkara terlebih dahulu berbanding orang muda. Ingatlah pesanan ini wahai orang bercinta agar hubungan kekal bahagia dan harmoni. (rtky/s)

×