“Ramai Cakap Bibir Mama Tebal, Kena Sengat Tebuan”

Pempengaruh media sosial, Cik B memberitahu dia menerima banyak komen berkenaan bentuk bibir ibunya selepas dia memuat naik video usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Menerusi satu video di TikTok, Cik B berkata dia tidak sangka video itu mengundang komen negatif sehingga ada yang menghina wajah ibunya.

BACA: DSV Buat House Tour Rumah Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari

“Ramai yang cakap tentang bibir mama tebal, kena sengat tebuan dan macam-macam saya baca. Saya cuma nak pesan satu benda sahaja, setiap manusia mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Cik B turut mengingatkan bahawa tidak sepatutnya menilai seseorang dari segi rupa, malah dia juga tidak pernah melakukan body shaming kerana sedar diri.

“Kita sebagai manusia tidak perlu menilai manusia daripada rupa, harta dan sebagainya. Saya sendiri tak pernah ‘body shaming’ orang sebab sedar dengan diri sendiri.

“Sepatutnya kita sesama bangsa dan agama mendoakan yang baik-baik. Saya tidak marah, cuma nasihat sahaja ya semua. Sama-sama kita istiqamah,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B turut memohon maaf bagi pihaknya serta ibunya jika ada perkongsian mereka pernah menggores hati mana-mana pihak.

“Tentang perkongsian saya dan mama dalam media sosial, sekrianya ada yang menyakitkan atau terasa hati, saya mewakili mama untuk mohon maaf. Apa pun, saya doakan semoga anda semua tetap gembira dan murah rezeki selalu,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×