Rakan Titip Pesan Buat Alif Teega, Aisyah Banyakkan Baca Al-Quran

Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyeleweng derma awam.

Perkara itu turut mendapat perhatian rakan mereka yang juga pempengaruh Furqan Fawwaz serta mendoakan pasangan itu agar kuat mengharungi ujian yang sedang melanda.

BACA: Tular Pendedahan Aisyah Hijanah Didakwa Kerap Maki Hamun, Berhentikan Staf

@furqanfawwaz

Miss them Already ? . . Banyakkan baca Quran kt dalam tu lep syahh.. solat sunat Taubat dan solat2 sunat yg lain, masa ni lah kita banyak masa dengan Allah. Aku sayang korang dan takde benda yg aku mampu bagi sekarang melainkan hanya doa supaya korang dikuatkan mental and fizikal ???

? bunyi asal – Furqan Fawwaz – Furqan Fawwaz

Furqan turut menitipkan pesanan agar pasangan itu melakukan solat sunat taubat dan solat sunat lain agar segala masalah menemui jalan penyelesaian serta perbanyakkan membaca Al-Quran.

“Banyakkan baca Quran dekat ‘dalam’ itu Alif dan Aisyah. Solat sunat taubat dan solat-solat sunat yg lain. Masa ini lah kita banyak masa dengan Allah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Furqan turut memuat naik video memaparkan momen mereka bersama  serta meluahkan rasa rindu pada sahabatnya itu.

×