Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjelaskan video memaparkan dia tidak bertudung yang dimuat naik di Insta Story pada November lalu adalah rakaman sebelum dia bertudung.
Memetik mStar Online, Zira berkata Nabil memuat naik video tersebut tanpa sengaja sehingga mencetuskan kekecohan dan salah faham.
BACA: Bercuti Di Luar Negara, Isteri Nabil Ahmad Tanggal Tudung?
“Instagram kan selalu keluar gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja. Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula,” katanya.
Sementara itu, Nabil berkata punca dia tanpa sengaja memuat naik video lama itu kerana dia tidak mahir menggunakan platform media sosial berkenaan.
“Saya tak reti dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama tu. Iyalah selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini ketika menggunakan media sosial kerana bimbang anak-anak akan terkena tempias disebabkan kesilapannya.
SUMBER: mStar Online